Kenali Pekan Sarikei


(Tugu Nanas merupakan lambang Daerah Sarikei)

Sarikei merupakan salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak (dahulu dikenali sebagai Bahagian Keenam). Di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei terdapat empat buah daerah kecil iaitu bandar Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.

(Pemandangan dari udara Bandar Sarikei)

Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.

Disamping itu, pekan-pekan kecil di dalam Daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jakar, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei yang terletak di tengah-tengah bahagian menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu, dihubungkan melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.