Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

 1). tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

 2). bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

 3). sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

 4). membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

 5). memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

 6). membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

1. Hospital Sarikei

Hospital Sarikei yang baru terletak di Jalan Rentap, iaitu kira-kira 6km dari pusat bandar. Hospital ini telah dibina pada 1 Julai 2001 dan 15 Februari 2006 merupakan tarikh bermulanya hospital yang baru ini beroperasi dengan rasminya. Hospital ini merupakan pusat rujukan kesihatan yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang lebih moden dan terkini.

Dengan keluasannya yang merangkumi 38 hektar, hospital ini dilengkapi dengan Kompleks Perubatan, Blok Perubatan, Blok Kediaman Kakitangan, Asrama Jururawat, Bangunan Perkhidmatan Sokongan, Gelanggang Permainan, Tempat Letak Kereta dan Tempat Mendarat Helikopter.

Hospital ini dilengkapi dengan 212 buah katil berbanding di awal pembukaannya, hanya 112 buah katil sahaja beroperasi. Hospital ini dirancang akan dapat menampung sebanyak 268 buah katil pada masa akan datang. Kini Hospital Sarikei telah beroperasi dengan 182 buah katil.

 

2. Poliklinik Sarikei

Klinik kesihatan Sarikei terletak di Jalan Hospital Lama, iaitu kira-kira 2km dari pusat bandar. Dengan adanya klinik kesihatan ini, ia telah memberi banyak manfaat kepada seluruh penduduk yang tinggal di kawasan sarikei terutamanya. Klinik Sarikei beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan akan ditutup pada hujung minggu dan cuti umum. selain itu, perkhidmatan Klinik Pergigian juga telah disediakan di Klinik Sarikei.

 

3. Klinik 1Malaysia Pekan Jakar

Klinik 1Malaysia Pekan Jakar telah memberi banyak manfaat dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan Bayong, Sare, Merudu, Sungai Paoh, Sebangkoi dan kawasan berhampiran. Klinik ini dibina bagi mengurangkan kesesakkan di Poliklinik Sarikei dan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan kerana lebih dekat dengan rumah. Waktu operasi Klinik 1Malaysia Pekan Jakar adalah setiap hari bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. 

 

***Sumber : Laman web rasmi Hospital Sarikei