USAHAWAN MAKANAN ( KEK )

Nama   : Dayang Nor Mas Sungoh Awang Jumaat

Umur   : 23 Tahun

Ahli      : 2020

Latar belakang
 
Dayang Nor Mas Sungoh merupakan seorang pekerja swasta. Masa terluang banyak dihabiskan membuat kek untuk jualan. Minat dan kesungguhan nya untuk menambah pendapatan mendorong dirinya gigih mengusahakan kek yang banyak permintaan daripada pelanggannya.
 
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
 
 Sebelum datang ke Pusat Internet, Dayang Nor Mas sudah mula berniaga kek sama ada secara offline dan juga online.
 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan dan ICT di PI Pekan Jakar, Dayang Nor Mas berkeinginan untuk terus menambah koleksi dan juga promosi secara lebih terbuka di media sosial.

USAHAWAN KRAFTANGAN (PAKAIAN MODEN WANITA, PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN )

Nama   : Endiana Binti Abdul Khalid

Umur   : 18 Tahun

Ahli      : 2018

Latar belakang
 

Cik Endiana merupakan seorang lepasan SPM dan Bersekolah di SMK Sibu Jaya. Merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Ibu bapa hanya berkerja sendiri.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
 
Sebelum datang ke Pusat Internet Komuniti, Cik Diana tidak berminat untuk berjual secara online kerana line internet dan telefon yang digunakan tidak dapat membantu sangat apabila berada di rumah.
 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah datang ke Pusat Internet Komuniti Jakar, dia telah didedahkan dengan kelas-kelas pembelajaran online dan juga kelas keusahawanan secara dalam talian. Dari situ dia mula mengumpul minat kerana line internet di Pusat Internet sangat laju dan urusan yang dibuat sangat mudah.

USAHAWAN PAKAIAN ONLINE

Nama   : Selina Demun Anak James

Umur   : 20 Tahun

Ahli      : 2019

Latar belakang
 

Selina Demun merupakan seorang pelajar Politeknik Melaka. Merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Datang daripada latarbelakang keluarga sederhana. Minat membeli belah menggunakan laman web dan media sosial. Dia juga merupakan seorang pelajar tahun akhir di Politeknik Melaka, belajar dalam Jurusan Diploma Kejuruteraan Awam.

 
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
 

Sebelum datang ke Pusat Internet, Selina Demun tiada minat atau tiada angan-angan untuk memperolehi pendapatan sampingan

melalui media sosial. Keutamaan Selina adalah membeli belah dan mengejar cita-citanya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan dan ICT di PI Pekan Jakar semasa cuti semester pertengahan tahun yang lalu, dia mula menaruh minat dan berjinak-jinak untuk membantu orang yang sama saiz (Plussize) dengannya memilih pakaian yang cantik, elegence, up to date dan yang penting, bergaya dengan harga yang mampu milik. Pada penghujung bulan Julai 2019 secara rasminya dia telah melancarkan laman sosial Intagram untuk menjual pakaian kepada wanita yang memerlukan saiz xl dan keatas. Instagram tersebut merupakan inisiatif awal dirinya untuk berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan selain daripada mengejar cita-cita yang di impikan oleh nya. 

USAHAWAN KRAFTANGAN (BAKUL ANYAMAN)

Nama   : Luwat Anak Bell

Umur   : 40 Tahun

Ahli      : 2019

Latar belakang
 

En. Luwat merupakan salah seorang usahawan di kampung mereka. Dia merupakan anak jati rumah panjang yang hanya menjadi petani sahaja. Dimasa lapang dia gemar atau sangat berminat membuat kraftangan dari hasil hutan seperti dari rotan dan lain-lain yang mampu dijadikan pendapatan tambahan untuk keluarganya.

 Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
 
Sebelum mengikuti latihan ICT dan Keusahawanan di pusat internet Jakar, en. Luwat hanya berjual hasil sayur-sayurannya dan hasil kraftangan yang dianyam sendiri di Central Market Sarikei pada hujung minggu sahaja. Kadang kala, persatuan usahawan di kawasan rumah panjang mereka ada menjemput en. Luwat dan juga usahawan lain untuk menyertai Expo-Expo dan Pesta-Pesta yang di adakan berdekatan kawasan Sarawak dan juga sehingga ke Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan kraftangan yang dihasilkan oleh mereka. 
 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan dan ICT di PI Pekan Jakar En. Luwat mula menggunakan media sosial dan MyShop di Pusat Internet Pekan Jakar untuk mempromosikan hasil kraftangan yang dibuatnya secara online. Pendapatan yang diperolehi oleh En. Luwat juga ada peningkatan hasil daripada jualan menerusi online.

 

USAHAWAN PAKAIAN DALAM DAN PRODUK KECANTIKAN

Nama   : Mengeret Timah Anak Robin

Umur   : 21 Tahun

Ahli      : 2010

 

Latar belakang
 

Cik Mengeret Timah merupakan seorang lepasan dari SMK Sg. Paoh, Sarikei. Selepas habis SPM, beliau telah diamanahkan oleh kakaknya untuk menjaga anak saudaranya yang masih kecil. Beliau berangan-angan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading seperti kawan-kawannya yang lain, namun beliau tidak terpilih.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum dibawa belajar ICT ke Pekan Jakar, ruti harian beliau sebagai pengasuh adalah menjaga bayi, selepas itu beliau akan melayari internet atau menonton televisyen sahaja selepas selesai membuat kerja rumah.

 
 
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
 
Selepas belajar ICT dan diberi tunjuk ajar tentang keusahawanan dan juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak, beliau mula mencari pembekal yang ingin membantu belia sepertinya untuk mengisi masa lapangnya di rumah. Beliau boleh mendapat pendapatan sampingan daripada hasil berjual sebagai agen kepada produk orang lain.
 

 

Sub-kategori