Penglibatan wanita dalam bidang pertanian bukanlah satu fenomena yang baru, malah merupakan satu tradisi tua dalam masyarakat kita. Kaum wanita bukan sahaja berperanan sebagai isteri dan ibu dalam menjalankan tanggungjawab seperti memasak, mengasuh dan mendidik anak-anak, namun kaum wanita kini bersama-sama kaum lelaki berganding bahu dalam membanting tulang untuk mengusahakan tanah dan sawah bagi menambahkan pendapatan keluarga. Semua ini adalah bertujuan supaya ahli keluarga dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Contoh terdekat bagi golongan wanita sekitar PEDi Jakar kebanyakannya terdiri daripada golongan petani. Majoriti penduduk yang tinggal di sekitar PEDi Jakar adalah kaum Iban. Disamping mengusahakan tanaman, kaum wanita di kawasan Jakar, Sarikei juga menceburi bidang kraftangan tradisional yang menjadi salah satu tarikan di Sarawak sebagai cenderahati.

1. Menganyam tikar

2. Anyaman bakul menggunakan rotan

 

3. "Keychain" diperbuat daripada manik

4. Kraftangan manik

5. "Tangu" atau perhiasan tradisional bagi kaum wanita

6. Menenun "Pua Kumbu"

 

**Sumber : Golongan wanita dari Rh.Nyuka