Pelancongan & Kebudayaan

Keindahan landskap bandar Sarikei merupakan daya tarikan bahagian ini yang turut diharmonikan dengan lima buah taman iaitu Taman Tasik Sarikei, Taman Rimba Sebangkoi, Taman Tebingan Sungai, Taman Tebingan Sungai Nyelong dan Taman Lalu lintas.

 

1. Taman Rimba Sebangkoi

 

Taman Rimba Sebangkoi merupakan pusat kerehatan, rekreasi dan komersil ( RRC) yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Sarikei.  Ia dimulakan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk menyediakan templat berehat bagi para pengguna lebuh raya Pan Borneo. Selain daripada untuk mengembangkan industri pelancongan, persekitaran dan kemudahan yang wujud di RRC Sebangkoi, ia juga tempat penyelidikan dimana lebih 300 spesis herba dan pokok buah-buahan dari dalam dan luar negeri  telah diusahakan oleh pihak Jabatan Pertanian di kawasan tersebut.

Tarikan Taman Rimba Sebangkoi

Di sini terdapat air sungai yang bersih lagi jernih, air terjun, hijauan pokok-pokok dan udara yang segar. Terdapat kemudahan awam seperti taman kanak-kanak, jambatan kayu, rumah tumpangan serta tandas. Tempat ini sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga.

Kemudahan-kemudahan Asas

Antaranya ialah rumah tumpangan, taman permainan kanak-kanak, tempat barbeku (BBQ), jambatan, tandas, tapak perkhemahan, tasik, air terjun, bekalan elektrik 24 jam, tempat meletak kereta dan banyak lagi. Taman Rimba Sebangkoi ini juga menyediakan bilik untuk disewa dan projector serta buku nota untuk melaksanakan kursus atau latihan.

 

2. Taman Tasik Sarikei

Taman ini terletak lebih kurang 1 km dari pusat bandar Sarikei. Kebiasaannya, taman ini menjadi kunjungan orang ramai untuk beristirehat, bersenam dan beriadah bersama keluarga di sebelah petang.

Tarikan Taman Tasik Sarikei

Taman ini menarik dengan kolam ikan, burung layang-layang yang berterbangan dan pemandangan yang indah. Sesuai untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kemudahan-kemudahan Asas

Antaranya ialah jambatan, tandas, tapak perkhemahan, tasik, air terjun, bekalan elektrik 24 jam, tempat meletak kereta dan banyak lagi. 

Caj Kemasukan Taman Tasik Sarikei

Taman ini terbuka kepada semua pelawat secara percuma.

 

Sumber : Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei