SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) JAKAR

   

Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Pekan Jakar, Sarikei mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Pusat Ekonomi Digital telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. 

Pusat Ekonomi Digital ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan penggunaan komputer. Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. Pusat Internet juga turut dilengkapi kemudahan dan kelengkapan 20 buah komputer, mesin pencetak , mesin pengimbas dan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi dengan kadar bayaran yang berpatutan.

 

Jumlah keahlian PEDi Jakar setakat November 2023

PEDi Jakar telah beroperasi pada tahun 2009.

Jumlah ahli : 2219 orang

 

Kenali Petugas PEDi 

PENGURUS

WhatsApp-Image-2023-08-25-at-8.28.11-AM

Nama : Felicia Georgina Anak Saba

Mula berkhidmat : 17 Jun 2022

PENOLONG PENGURUS

WhatsApp-Image-2023-08-24-at-10.36.51-AM

Nama : Liwati Anak Limbang

Mula berkhidmat : 15 Julai 2012

 

Lokasi Pusat Ekonomi Digital Pekan Jakar

Pusat Ekonomi Digital Pekan Jakar terletak di lokasi yang sangat strategik kerana Pekan Jakar menjadi tumpuan penduduk bukan sahaja yang tinggal di sekitar Jakar, malah merupakan tempat persinggahan bagi pengguna-pengguna jalan raya dari Miri ke Kuching.

PETA-JAKAR
(Peta lokasi PEDi Pekan Jakar, Sarikei)

 

Waktu Operasi PEDi Jakar Sarikei: 

                         Buka        : Setiap Hari

                         Jam         : 8.00 pagi - 5.00 petang

                         Ditutup     : Setiap Cuti Umum

                         Tidak beroperasi jika : - Berlaku gangguan teknikal  

                                                         - Bekalan elektrik terputus

                                                         - Banjir