1. Hospital Sarikei

Hospital Sarikei yang baru terletak di Jalan Rentap, iaitu kira-kira 6km dari pusat bandar. Hospital ini telah dibina pada 1 Julai 2001 dan 15 Februari 2006 merupakan tarikh bermulanya hospital yang baru ini beroperasi dengan rasminya. Hospital ini merupakan pusat rujukan kesihatan yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang lebih moden dan terkini.

Dengan keluasannya yang merangkumi 38 hektar, hospital ini dilengkapi dengan Kompleks Perubatan, Blok Perubatan, Blok Kediaman Kakitangan, Asrama Jururawat, Bangunan Perkhidmatan Sokongan, Gelanggang Permainan, Tempat Letak Kereta dan Tempat Mendarat Helikopter.

Hospital ini dilengkapi dengan 212 buah katil berbanding di awal pembukaannya, hanya 112 buah katil sahaja beroperasi. Hospital ini dirancang akan dapat menampung sebanyak 268 buah katil pada masa akan datang. Kini Hospital Sarikei telah beroperasi dengan 182 buah katil.

 

2. Poliklinik Sarikei

Klinik kesihatan Sarikei terletak di Jalan Hospital Lama, iaitu kira-kira 2km dari pusat bandar. Dengan adanya klinik kesihatan ini, ia telah memberi banyak manfaat kepada seluruh penduduk yang tinggal di kawasan sarikei terutamanya. Klinik Sarikei beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan akan ditutup pada hujung minggu dan cuti umum. selain itu, perkhidmatan Klinik Pergigian juga telah disediakan di Klinik Sarikei.

 

3. Klinik 1Malaysia Pekan Jakar

Klinik 1Malaysia Pekan Jakar telah memberi banyak manfaat dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan Bayong, Sare, Merudu, Sungai Paoh, Sebangkoi dan kawasan berhampiran. Klinik ini dibina bagi mengurangkan kesesakkan di Poliklinik Sarikei dan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan kerana lebih dekat dengan rumah. Waktu operasi Klinik 1Malaysia Pekan Jakar adalah setiap hari bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. 

 

***Sumber : Laman web rasmi Hospital Sarikei